Thursday, September 25, 2008

Mengapa wanita sangat istimewa


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama
pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh
pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas
makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik
kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis
pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni,
jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska
esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku
dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru
teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2
pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu
ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh
botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm..
besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni
je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la
tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la
yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena
beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi
ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok
settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”

masuk
toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak
tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment
cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..

bukak
almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la,
napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung
elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor
dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah
ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak
mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu
ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni,
senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni
mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak
nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …

ok
dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni
kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers
ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25
hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun
tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya
dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni
dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja
besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring. ..panas pulak lotion
nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih
untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun
bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer
pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar
suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Hantarkan ke

5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better…
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak,
isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

sumber: dari yahoo groups email santai

Wednesday, September 17, 2008

Mengapa wanita cantik berteman lelaki tidak tampan



Pernah tak anda berkenalan dengan seorang gadis yang boleh tahan cun,,,, tapi anda rasa anda
tidak sesuai bersama beliau… Rasa macam takda rangsangan langsung… Tetapi sebaliknya pula anda lebih ghairah, tertarik dan teruja kepada gadis-gadis tertentu…??? Pelik tak…
Jangan pelik… Ini adalah faktor pheromone.
Anda ada seorang kenalan yang boleh tahan seksi,,, tapi lama-lama berkenalan anda rasa, anda
tidak sesuai untuk berkahwin dengan beliau,,, kadang-kadang tak tau sebab apa,,, rasa macam
tiada rangsangan seksual yang maksimum, sebaliknya pula rangsangan seksual anda terangsang
pada seorang gadis yang sederhana cantik tetapi anda rasa 100% terpikat dengannya,, dan anda
rasa pelik… Jangan pelik,, Ini adalah tindakan hormon pheromone.

Cuba lihat sekeliling anda,,, anda rasa macam banyak pasangan tak sesuai langsung,,, muka
pakwe macam retak seribu,,, tetapi bininya FUhhh mak dato’ macam Model kelas A! Nak katakan mamat tu ada duit tak juga??? Kenapa wanita tersebut suka berdamping dengan beliau??? Jangan pelik,,, ini kerana wanita tersebut sangat-sangat tertarik dengan Mamat tersebut… Tetapi jawapan yang sama juga berlaku,,, Cuba anda tanya kenapa gadis itu suka pada lelaki tersebut??? Beliau sendiri tak dapat nak jelaskan perkara ini… Jawapan yang biasa didengar ialah,,, Saya rasa keserasian yang tinggi… Kami berdua serasi,,, Saya suka dia ni sebab
dia ni understanding!…

Maaf jawapan wanita tersebut salah… Ini terjadi kerana hormon pheromone telah mengaktifkan
minda bawah sedar beliau untuk tertarik kepada lelaki tertentu, berdasarkan hormon
pheromone yang dimiliki lelaki terbabit. Tahukah wanita memilih pasangannya berdasarkan
hormon pheromone yang dimiliki oleh lelaki-lelaki tersebut;

Ok ujikaji perkara ini;
Jika anda lelaki, sila pilih 10 rakan wanita yang betul-betul anda rapat… Amati wajah 10
wanita yang anda kenal itu,,, Bayangkan yang mana paling serasi dengan anda… Cuba
bayangkan… Yang mana satu yang anda rasa beliau sesuai untuk dijadikan isteri…
(cuba anda fikirkan sejenak… Ok jawapan kepada ujikaji anda tadi ialah,,, Anda akan pilih
seorang wanita yang anda rasa betul-betul serasi)

Rumusan;
Wanita tersebut, selalu berdamping dengan anda,,, beliau ada aura tersendiri yang membuatkan
anda suka kepadamya,,, tetapi tak tau kenapa… Yang kedua… Bau kulitnya yang unik,,,
membuatkan anda rasa seperti… Ermmmm tak dapat nak dijelaskan disini.. Aromanya
ermmhhhpp… Menusuk kalbu… Yang ketiga,,, anda rasa beliau Best… tapi tak tahu sebab
apa… Cuba lihat wajahnya,,, Wanita tersebut bukanlah yang paling seksi atau lawa dari yang
lain… Tetapi ada faktor yang tersembunyi,, yang anda sendiri tidak tahu kenapa… Biar
saya jelaskan,,, Ianya faktor Pheromone… Kenapa??? Saya akan jelaskan sebentar lagi…

Ya; Jawapannya ialah minda bawah sedar anda memilih hormon pheromone yang dimiliki gadis
tersebut; Hormon pheromone adalah penyebab kenapa setiap pasangan terasa ada keserasian yang tinggi. Ini telah dikaji selidik dan telah disiarkan di dalam rancangan National Geography
2008! Melalui kajian yang dijalankan wanita akan memilih pasangan hidup berdasarkan
pheromone yang sesuai dengan beliau. Ini kerana faktor genetik. Evolusi ini sangat menarik;

Hidung kita tidak pernah menipu,,, Jika bau busuk.. Maka kita akan tutup hidung dan lari
dari kawasan tersebut,,, Ini kerana minda bawah sedar kita memberitahu bau tersebut adalah
berbahaya… Bau memang amat berkuasa,, jika anda terhidu sesuatu maka mungkin boleh
menyebabkan anda pengsan,, Ini boleh dilakukan dengan amonia… Untuk hidup,, manusia perlu
menghidu Oksigen… Jika anda terhidu Karbon Dioksida kemungkinan anda boleh maut.

Disinilah bermainnya kekuatan Androstenone kepada deria hidu manusia…
Rembesan androstenone yang dilakukan pada tubuh kita sungguh unik. Ia menghantar signal
bawah sedar bahawa,,, anda ini seorang yang agresif, seorang lelaki yang berkarisma dan
sebagainya… Ia seperti pergerakan tubuh badan yang boleh dibaca mata. Jika anda bergerak
secara laju dan tergopoh-gapah mata kita akan mengistilahkan orang yang dilihat itu sebagai
gelojoh dan sering melakukan kesilapan dalam rutin hariannya.

Rembesan anderostenone pula unik, ia hanya boleh dibaca oleh hidung setiap individu; Ini
boleh anda kesan dengan cara… Cuba anda hampiri seorang individu yang tidak dikenali.
Tidak kira lelaki dan wanita,,, sekarang cuba anda fikirkan dalam minda anda,,, siapakah
dia??? Orangnya macamana,,, Otak anda akan membantu anda membuat tafsiran… dan
kebarangkalian anda betul adalah 70%. Anda dapat meneka dengan tepat individu yang baru anda kenali dalam masa 3-5 saat sahaja.

Baiklah jika anda lelaki,,, cuba anda dekati seorang wanita yang anda tidak kenali,,, Dalam
jarak dekat iaitu 2 hingga 3 kaki,,, cuba berada berdekatan dengannya dalam kadar 10-30
saat… Apakah terjadi… Adakah beliau lari jauh dari anda atau duduk diam di tempat yang
sama… Ujikaji begini sesuai dilakukan di ekspo, kedai buku, makmal, dalam lif,
perpustakaan yang mana hanya dia dan anda berada di situ tanpa kehadiran orang lain yang
boleh mengganggu kosentrasi anda dan wanita terbabit…
(Jawapannya anda boleh tahu sama ada anda suka pada beliau dan sebaliknya juga beliau boleh
tahu samada beliau suka atau tidak pada anda) Ini dipanggil Fist Impression!

Selepas 15 saat anda berada di kawasan tersebut,,, cuba lakukan sedikit pandangan ke arah
gadis tersebut,,, dan cuba lakukan sedikit perbualan… Contoh.., (Hi,, Apa khabar??)
Cuba analisis… selepas mendengar jawapan atau jika gadis tersebut hanya diam membisu..

Faktor ini amat bergantung penuh pada hormon androstenone yang dimiliki oleh anda…
Mungkin anda ada sedikit,,, mungkin pheromone anda banyak sehingga dapat memberi kesan aura yang hebat sehingga gadis tersebut berdebar-debar jantungnya,,, atau mungkin pheromone anda tiada langsung!
Jadi pesanan saya ,,, Sebelum nak jumpa seseorang yang istimewa,,, lebih-lebih lagi wanita
pujaan,,, Standbye-la Pheromone dalam poket dan gunakanlah Flaming Desire

Cuba gunakan Flaming Desire untuk kesan Aura yang membantu anda dalam kehidupan bersosial yang amat

mencabar dewasa ini…. Sekian!

Monday, September 15, 2008

KaLau daH tAk suKa, puLaNgkaNLaH...

Sebuah cerpen yang aku rasakan boleh menyentuh perasaan.. cubalah baca dan tolong hanyatinya dengan hati kecil...

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.



Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut..

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.

Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

-----------------------------------------------------

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "


*Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu."

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul erpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"

---------------------------------------------------------

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

---------------------------------------------------------

Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. " "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

--------------------------------------------------------

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

------------------------------------------------------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

------------------------------------------------------------

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

-------------------------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

-------------------------------------------------------

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

--------------------------------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang.. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk

"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus enghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan.. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

--------------------------------------------------------

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu hargainya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

-----------------------------------------------


♥♥ Jika kebahagiaan sidia bermakna kita terpaksa melepaskan sidia maka biarkanlah itu terjadi ♥♥

♥♥ Kerana melihat kebahagiaan orang yang dicintai jauh lebih baik drpd kita berada dekat disisinya tetapi tidak memiliki cintanya ♥♥

Rahsia Huruf Pertama nama anda.

Ilmu ada bermacam-macam. Namun kebiasaannya sesuatu ilmu itu hanya difahami dengan mendalam oleh yang diberiNya ilmu dalam sesuatu bidang itu. Ada ilmu yang boleh dibuktikan secara saintifik, ada pula yang tidak mungkin dapat dibuktikan secara saintifik, atau belum ditemui caranya bagi membuktikannya secara saintifik. Di ruangan ini saya ingin kongsikan bersama anda mengenai rahsia-rahsia yang berada pada huruf di pangkal nama anda. Sebelum ini Megasutra pernah menerbitkan artikel yang menyentuh hal yang serupa, tapi dalam bahasa Inggeris, kali ini dalam bahasa Melayu dan eloklah dibaca kedua-dua artikel ini. Catatan yang ada dalam artikel ini bukan untuk dipercayai 100%. Ia hanyalah sebagai bahan untuk menambah pengetahuan kita dan kajian selanjutnya:

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Sunday, September 14, 2008

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

-
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.
Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Bismalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat
menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana,

Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah danmengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistandan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Nota: TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA… . BAGUS NI… ” Berbudi selagi perlu, Berukhuwah selagi mampu “

By : CipanFire/mraltromen/abg99

Perihal Wanita

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya. Di sini dinyatakan misteri bibir untuk menambah pengetahuan saja, bukan untuk dipercayai.

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.


By : CipanFire/altromen/abg99

6m-6b-6t

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___

Password merupakan salah satu cara untuk keselamatan suatu sistem komputer. Sistem komputer ini boleh berupa aplikasi, database ataupun sistem operasi. Oleh karana itu menentukan password sebaiknya jangan sembarangan dan harus memperhatikan beberapa hal tertentu. Password harus dibuat dengan memperhatikan beberapa hal berikut ini : *. Setidaknya panjang karakter password adalah 7 (tujuh) karakter. Anda juga boleh mencipta password yang lebih panjang lagi demi keselamatan. *. Menggunakan sedikitnya 1 (satu) karakter simbol pada deretan karakter password Anda
*. Jika sistem Anda menerapkan password history, maka pastikan password baru Anda selalu berbeza dengan password sebelumnya
*. Password Anda jangan sampai mengandungi nama atau username
*. Jangan gunakan kata-kata yang umum digunakan pada karakter password. Ini termasuk kata-kata yang digunakan dalam kamus

Beberapa contoh password yang kuat misalnya sebagai berikut.

*. a4$Jhi&]
*. 3k>i%uA
*. O@u#5nQ

Password sebenarnya merupakan sistem proteksi yang paling lemah dalam sistem komputer. Maka dari itu memilih password yang kuat merupakan suatu kemestian. Mengapa demikian? Tool password cracking semakin canggih dalam usahanya membongkar password, ditambah lagi komputer yang digunakan dalam password cracking semakin baik prestasinya. Password yang sebelumnya memerlukan waktu seminggu untuk di-crack, sekarang ini boleh di-crack hanya dalam beberapa jam saja.

Software untuk meng-crack password biasa menggunakan tiga macam pendekatan iaitu: meneka secara pintar (intelligent guessing), serangan kamus (dictionary attack) dan juga otomatisasi yang berusaha mencuba untuk menggunakan kombinasi karakter. Jika diberi waktu yang cukup, maka cara otomatisasi tersebut boleh memecahkan password apa saja. Tetapi jika password yang digunakan sangat kuat, maka akan mengambil waktu yang sangat lama untuk memecahkannya.

Demikian tips singkat mengenai cara mencipta password yang baik dan kuat. Semoga bermanfaat bagi Anda semua.

Sumber: IT Komputer

Saturday, September 13, 2008

Logo



Salah Satu Logo Syarikat Aku Yang Akan Ditubuhkan, InsyaAllah.